Isnin, 15 Mac 2010

'si dea' kamu dan 'si dea' aku

kamu :beza si dea mereka dan si dea aku?ada ke..
aku :yeee ade.terlalu banyak bezanya...
kamu :tp kn si dea kamu dan si dea aku dari golongan yang sama,jantina maksudku..
aku: aku akan tunjukkan bezanya supaya kamu mengerti dan tidak bertanya lagi...

bila berjalan berpimpin tangan,
itu si dea kamu,bkn si dea aku...
bila kamu sakit diberi ubat,
itu si dea kamu,bukan si dea aku...
24 jam sehari 7hari seminggu talifon kamu sering berbunyi dari dea,
itu si dea kamu,bukan si dea aku..
sering bertanya tentang kisah silam kamu bersama si dea yang dulu,
itu si dea kamu,bkn si dea aku..
tidak lokek memberi belaian mesranya kepada kamu,
itu si dea kamu, bukan si dea aku..
bila bertengkar dea yang mengalah,
itu si dea kamu,bukan si dea aku...

kamu: ohh sekarang aku faham.terlalu banyak bezanya.
aku: nanti dulu...masih banyak yang kamu belum faham.aku tahu kamu fikir 'si dea' aku bkn seorang yang baik kan?
kamu:sudah tentu...
aku :kamu silap.sekarang aku akan tunjukkan kenapa si dea aku tidak seperti si dea kamu.

si dea aku..
bila aku stress,dea talifon aku dan cakap aku gemok
tp dea tau dgn cara itu bisa buat aku ketawa semula.unik kn?
bila aku sakit,dea mara aku dan buat tak tau.
lepas beberapa saat dea tetap akan hantar mesej untuk aku makan ubat.die syg aku kn?
bila berjalan dea tak pimpin tangan aku.
tp die pegang bahu aku...romantik kn?
bila duduk,dea tumbuk peha aku.sakit
tp dea tau dengan cara itu akan buat keadaan tidak terus kaku...pelik kn?


si dea aku..
tak bertanya kisah silam aku...aku tahu dea tidak mahu terluka.
tak tunjukkan kasih sayang nya dengan lembut...aku tahu itu bukan caranya.

aku: sekarang kamu sudah faham kan apa bezanya?
kamu : ya...
aku: si dea kamu memang jauh lebih baik tetapi si dea aku terbaik untuk aku.caranya, sweet kn?
kamu :yaa aku dapat bayangkan.
aku: sekadar bayangkan okey...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan