Isnin, 18 Jun 2012

:)

Assalamualaikum.
Aku bercadang untuk tidak menulis di ruangan ini lg.
fb juga sudah deactivated.
segala perkembangan dan aktviti cuma akn diketahui oleh keluarga terdekat.

Ini yg terbaik,ini yg kau nak,ini yg aku bagi.
semoga tiada jalan atau ruang untuk aku mncul dlm hdup kau.
Ini yg kau nak,ini yg aku bagi,

semoga kau baik2 disana.
:)

Sabtu, 16 Jun 2012

siksa

Assalamualaikum~
hurm bangun pagi dengan perasaan yg membara n sedih.
Almost 1 week kami terlalu dingin.terlalu.
pada mulanya aku fkir ni la waktu bertenang aku,wktu untk aku recover dari sakit yg sgt2 sakit.
tapi skrg aku semakin sakit.perkataan yg sesuai utk describe hbgn kitorg ialah, "retak menanti belah"
1 mlm mnggu msg yg xmsuk2 membuatkn perasaan mrah membuak2.berdas2 msg pedas aku hntar pada die yg aku sedar akn mngguris hati die bila dia bangun dari tdur nnt.MAAF SYG.aku da xsnggup nk teruskan hdup mcm ni...klau ditakdirkan jodoh kita smpai cni,cpt2 la pergi dan cari kbhagiaan kau syg.tapi klau kau hdup hanya untuk jadi milik aku,knp kau biar aku sendiri lalui semua ni.aku tau kau juga sakit,kita lalui sama2 ok syg?aku rindukan kau,terlalu rindu....memandang gambar kau ckup untuk mnyiksa hati aku. #sigh. ckup2lah siksa aku.

Jumaat, 15 Jun 2012

Jumaat, 8 Jun 2012

Day by Day

Day by day,
masih menunggu kesudahan cerita...
darah sudh bnyk terbuang.
hati sudah membengkak.

day by day,
masa terasa lambat bergerak.
masih menunggu perjalanan hdup seterusnya.
semakin manis atau masih bergelumang dengan kecewa.

betul kata seorang rakan,
lain org lain rezekinya.
sekarang kita dah tua...
semakin berfikir untuk hdup berkeluarga dan kekal hngga ke syurga.

Masa bermain sudah lama berlalu.
masa depan yg serius menanti di hdpn.

Sabarlah yana....
Kebahagiaan hakiki ada menanti di dpn...
semakin besar derita,semakin besar bahagia.
cry to release,smile to cure.
Chilll.....peace yaww!



liyana jais,

Khamis, 7 Jun 2012

Semoga suatu hari kau baca ini #2

Sayang,
Kalau satu hari kau baca ini,
Tahulah kau yang aku sangat2 terluka dengan peristiwa itu...
Berlawan dengan cinta kau dan ego aku sebagai wanita bukan satu perkara yang mudah untuk aku sayang.
Mungkin air muka aku yang kau lihat menunjukkan keegoan aku yang sngat tebal.
tapi sebenarnya aku sangat lemah sayang....aku x sekuat yang kau nampak.
aku x setabah yang kau sangka.

Tapi tergamak sayang, kau permainkan cinta kita yang xpernah sekali aku noda.
Cinta yang aku selalu letak di barisan paling hadapan,
Cinta yang aku pupuk dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Dan setiap kali itu,harapan yang kau bina untuk aku,kau hancurkan sendiri tnpa pernah aku sedar...
Sakit sayang,

Melihat muka kau dan dia,
merobek hati aku yang bukan sedikit...
menggeletar seluruh tubuh,berhenti denyut nadi
Hati perempuan mana yang tidak terluka...

Tapi aku kena kuat sayang...
Sebab aku mahu kau lihat aku kuat untuk selalu tarik kau ke tebing.
Tapi untuk pertama kali sepanjang hbungan kita aku jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk tarik kau kemana-mana.
Maafkan aku sayang...janji pertama telah aku mungkiri.

Aku terlalu lemah untuk selamatkan diri sndri...
hanyut dengan perasaan kecewa dan terluka yang terlalu dalam.
Sehingga aku minta hubungan ini di tamatkan..
Maafkan aku sayang...janji kedua juga telah aku mungkiri.

Janji untuk selalu bersama kau susah dan senang...
Janji untuk selalu bersama kau semasa sihat dan sakit...
Janji untuk selalu bersama kau semasa kaya atau miskin..
Janji untuk selalu bersama kau semasa hidup dan mati...

Aku terlalu ingin menjalani semuanya bersama kau sayang,hanya bersama kau.
Tapi aku terlalu kecewa dengan diri aku yang terlalu lemah,
lemah sehingga tidak mampu menarik tangan kau dari terus lemas....
ketidaksempurnaan diri aku membuatkan aku tidak mampu untuk terus mengubah kau...

Tidak sayang,
aku bukan putus asa...
cuma terlalu letih.

Sayang,
Kau doakan aku kembali bersemangat okey?
untuk aku bangun dan hulurkan semula tangan aku untuk kau paut.
untuk aku duduk dan tegakkan semula bahu aku untuk kau sandar.
untuk aku terus gagah memeluk kau semasa kau jatuh untuk kembali bangun bersama aku.
dan..
untuk aku teruskan semula membina segala impian kita yang kita pernah bayangkan dulu...

Ingat x sayang?
cinta x semestinya memiliki..
apa pon yang akan terjadi pada kita selepas ini,
sama ada kita bersama atau berpisah,
cinta tetap cinta.
aku redha sayang....

Kau penjaga hati aku,aku tidak akan sekali mintanya dari kau untuk beri pada orang lain,wlau ketika itu kau bhgia bersama org lain. TAKKAN sesekali sayang...aku janji.




Liyana Jais

Sabtu, 2 Jun 2012

musuh

SAKITTTTT TLG PERGI JAUH2.
OTAK,TOLONG LAH TENANGGG.
SAKIT SGT SAKIT.