Jumaat, 20 Ogos 2010

Lelaki gagah yg x gagah LANGSUNG

assalamualaikum..

Ramadhan 10,
"Puasa menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak kira lelaki,perempuan,tua atau muda.Asalkan mampu dan tidak ada sebarang keuzuran yang mnyebabkan puasa mendatangkan mudarat kepada diri,ia telah jatuh hukum wajib"

Itu pandangan spontan aku tentang puasa,selain maksudnya yang tersendiri. Bila cakap pasal puasa,pada kotak fikiran aku adalah  perkataan "wajib". Melainkan jika aku sedang uzur. Itu pendapat aku yakni seorang perempuan.bagaimana pula dengan lelaki? Kini,puasa sering di pandang remeh oleh golongan lelaki (tidak semua, siapa yang makan cili,dia yang rasa pedasnya.pdn muke). Aku sangat prejudis dengan lelaki-lelaki yang hanya macho dan gagah luaran sahaja tetapi lemah batin dan rohani nya. Buat kerja kuat sikit,dah bagi alasan untuk tidak puasa. Sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w, mereka pergi berperang pada bulan puasa dan masih meneruskan puasa hingga sempurna. Ni tak,baru kerja potong rumput tepi jalan sikit, dah pergi bawak polisterin makanan masuk kedalam kelapa sawit. Aku rasa korang da dapat agak kan kenapa aku tulis entri ni hari ni. yeee aku bengang dengan perangai segelintir lelaki yang dengan sengaja menjadikan pekerjaan sebagai alasan untuk berbuka puasa. Heyy, dalam agama kita ada kelonggaran kepada mereka yang tidak mampu berpuasa. Islam tidak menyusahkan hambaNYA tetapi jika kamu tidak tersenarai dalam golongan yang mendapat kel0nggaran itu, jadi kamu adalah MAMPU. Kamu adalah lelaki,bagaimana nak membimbing zuriat jika perangai bapanya 'tak semenggah'. Bagaimana nak menasihatkan anak bini jika kamu p0n belum tentu betulnya. Bagaimana nak rotan anak jika bapanya 2x5?please la...aku x respect langsung pada lelaki2 yang tidak berpuasa dan aku sangat 'prejudis'. Maknanya, aku lebih kuat la dari k0rang.see?

Teringat aku tentang satu tahun masa aku kecil dan aku sedang berpuasa. Ada seorang lelaki yang bekerja untuk membuat tar di jalan depan surau rumah aku. Masa tu pagi lagi dan aku demam. Tiba-tiba lelaki yang berehat di pondok rumah aku minta aku ambil kan secawan air untuk dia. Aku dengan bodohnya masuk la kerumah dan ambilkan secawan air. kecian...fikir aku. Bila petang, aku cerita kepada arwah nenek aku, dan nenek aku beritahu berdosa aku ambilkan air sebab aku da bersubahat dengan orang yang tidak puasa dan nenek aku cakap orang itu berdosa besar. sejak itu, aku sangat marah sebab orang tu da babitkan aku dengan dosa dia. Mentang-mentang aku kecik lagi....samdol btol.

Sebelum aku akhiri entri ni, maafkan ayat yang sedikit kasar. Sesungguhnya aku tujukan entri ini kepada segelintir lelaki di luar sana yang sangat lembik dan liat untuk berpuasa.tak kira la ada kaitan atau tak dengan aku. P0st ini untuk kamu yeee...semoga kamu sedar dan puasa penuh tahun depan.



*p/s : lagi 20 hari puasa...cepatla,cepatla.tahun ni rasa sangat lambat.ni sume sebab kerja aku yang tersangatlah b0sannn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan