Selasa, 17 Ogos 2010

kerja,kerja,kerja

assalamualaikum...
(wahh,satu-satunya post aku yang ade salam...lepas ni akan di praktikkan)

dah lama tidak menulis di ruangan ini.sebab nya....aku da kerja sekarang n sebabnya lagi aku dah ada dua pekerjaan dan sebabnya lagi,aku takda cuti!!~(ohh shit) Oleh kerana kekangan masa yang sangat mengekang,hari ni baru la ada masa untuk berbl0gging (thankz utk b0s aku yang beri aku cuti bergaji hari ni...)

Sekarang aku memegang peranan sebagai designer di sebuah kedai persendirian dan pada weekends,peranan aku bertukar dari seorang designer kepada seorang promoter di sebuah kiosk di mydin mall. Tamakkan? sebenarnya bukan tamak,tapi aku dapat tawaran kerja sebagai promoter dulu.lepas da deal ngn owner kiosk,besoknya aku dapat pulak tawaran sebagai designer tu...nak xnak,aku teruskan jugak kerja aku sebagai promoter dan designer.ni la yang dinamakan rezki...

Masa menganggur nak sangat rezki kan,hambikk aku rezki datang smpi dua...syukur alhamdulillah.takkan aku nak tolak kan?lagipun...sema ni proses untuk aku cari pengalaman dan belajar berdikari. Bukan senang nk cari rezki...lepas ni semoga aku lebih menghargai pengorbanan parents aku yang cari duit untuk membesarkan kami 4 beradik yang macam-macam kerenahnya terutama aku.(heeee...ye aku paling nakal).

ohhh yee...Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga tahun ini lebih membawa keberkatan hendaknya. Aku akui ramadan tahun ini banyak menguji kesabaran dan ketabahan aku dalam mencari rezki. Tetapi alhamdulillah, keluarga banyak membantu.

Dann...oleh kerana tahun ni,tahun pertama aku beraya dengan duit gaji pertama aku,aku da buat banyak wishlisttt.hahahaha.nak tau?scroll bawah sket....


My list:

  1. H0odies
  2. Sneakers
  3. Beg
  4. various type of shawl
  5. iron rambut/curly thong
  6. lotion
  7. baju kurung (optional)
  8. kasut raya
  9. accessories
  10. jeans
wahhh,banyak jugak.jejak 300 kot.or lebih..doesnt matter la.sume 2 memang di perlukan.heee...bet0l.tak tipu...n untuk family tercinta,ade kejutan untuk anda.

Sampai sini dulu la cerita 1000 alsan aku kali ni (cehh,macam surat tak rasmi la plak aku ni.poyo gle). Lain kali aku bagi alasan lain la plak yee...anyway,Teruskan berpuasa dengan aman dan damai.

assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan