Selasa, 24 Ogos 2010

MASA YANG BERKUASA

masa..
menjarakkan yang dekat
memisahkan yang erat
merenggangkan yang ketat

tapi jangan kau slahkan masa
sebab masa sangat berkuasa

untuk menjadi pengubat
untuk membentuk yang keras
merebus si batu
melupakan parut seribu...

Jadi, hargailah masa yang ada..
sebab bila ia sudah pergi
ia tak akan pernah kembali lagi
tidak kira bagaimana kau merintih
masa takkan berputar kembali

di masa kau ada dia,hargai lah..
di masa kau mampu,tunaikanlah..
di masa kau gembira,bahagiakanlah..

Kau kecewa ketika ini,sabarlah...masa akan mengubatnya
kau susah ketika ini, uasahalah...masa akan merubahnya
kau menangis ketika ini,berdoalah...masa akan mengeringkannya

Bila masa sudah melaksanakan tugasnya, jangan pula kau lupa apa yang berlaku dibelakang
kerana ia tidak mustahil berlaku lagi..
pandanglah dengan senyuman,jangan lah kau pandang dengan kebencian
Kerana kau takkan nampak hikmahnya dengan hati yang hitam

Bila hikmah sudah menjelang datang,kebencian akan beransur hilang...
Kuasa masa...power kn??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan