Isnin, 19 Julai 2010

OTAK vs HATI

otak cakap xmahu...pergi!pergi!pergi!(tp hati cakap jangan...aku tak rela.)
otak cakap kamu jahat!! (tapi hati cakap..kamu tahu apa yang terbaik untuk aku.)
otak cakap aku benci kamu!~ (tapi hati cakap...hanya kamu yang aku cinta.)
otak cakap aku x mahu tengok muka kamu lagi! (tapi hati cakap...jangan pernah berhenti mengganggu aku.)
otak cakap jangan berpaling padanya lagi. (tapi hati cakap....aku akan tunggu kamu sampai aku mati.)
otak cakap bodohnya aku... (tapi hati cakap....aku percaya pada naluri)
otak cakap aku mahu pergi! (tapi hati cakap..tolong cakap 'jangan')
otak sangat angkuh (tapi hati merintih sedih)
otak sangat ego (tapi hati ingin si dia memahami)
otak sangat kuat (tapi hati menderita sendiri)


walau apa pun yang terlintas di fikiran,adakalanya hati lebih memahami kehendak diri.
ego hanya ada pada otak tapi bukan pada hati. Cuba jujur pada hati dan adil pada otak. si dia marah pada kau,jadi pujuk lah dia. Kalau dia tak mahu,ya biarkan saja dulu...biar padam segala api kemudian pujuk lah lagi. Jangan kau pula yang tunjuk kau berkuasa, kau berhak segalanya. Kau manusia, dia manusia...sampai bila mahu bertelagah.membazir masa, membuang kredit, memeningkan kepala, menyesakkan dada dan bermacam2 men- lagi yang ada. Hubungan kau hancur, hidup kau merana, kau hilang segalanya...mau?

kalau tak mahu, rendahkan sedikit ego, tambahkan sedikit kasih sayang, campurkan dengan keyakinan dan tus kan perasaan malu. Adunkannya dengan pujukan dan belaian...kau sayang dia kan?jadi, tunjukkan lah. Supaya beku api di hati dan ranap ego di minda. Tukarkan sang harimau kepada kucing parsi.....Kalau sang harimau masih mengaum, kau jangan pula mengaum...tapi kau senyap macam tenggiling.supaya tidak berpanjangan ngadanya...kau yakin si dia sayang kau kan?jadi,tunggu dan lihat...

Entri ni aku tujukan khas kepada aweks-aweks atau balaks-balaks yang malu untuk pujuk pasangan macam AKU dan terutamanya pada AKU.haha. attention to liyana, sila baca entri anda berkali-kali ya!!~kepada korang yang sedang atau telah melalui pengalaman macam kat atas,fikir-fikir kan lah..kadang2 kata hati pun kena pertimbang kan juga kan?kalau hati merana, otak boleh bekerja macam biasa ke?lu pikir la sendiri beb...gua x taw nak habaq lagu mana lg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan