Khamis, 15 Julai 2010

Resipi ibu~


 "nak buat kuih apa ek yang sempat ni kak?karipap ke donut...mlm ni ada baca yasin kat surau"
"mana yang senang?" 


"buat kuih ape bu?"
" buat puteri ayu la,karipap kang da ramai yang buat"
"okey"


 Rentetan dari peristiwa di atas: aku selitkan resipi ni untuk rujukan korang.Selamat mencuba!~

KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau...Gunakan air daun pandan asli pun ok.
270gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung

Car-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama.
 p/s:bila buat kuih ni,teringat arwah nenek.die tahu aku suka kuih ni dan salu beli masa aku kecil dlu.
       ohh~ sungguh aku rindukan makk.xpe,raye nanti akak pergi kubur jenguk mak ea.Semoga arwah nenek   kesayangan aku dicucuri rahmat.al-fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan