Rabu, 14 Julai 2010

Senarai Kesukaan LiyanaJais


oleh sebab aku nak tahu sebanyak mana tabiat buruk dan kegemaran aku.wink*

  1. saya suka warna hitam
  2. saya suka bangun tido lambat
  3. saya suka bermuka buku (fb la 2).
  4. saya suka gelak kuat-kuat dan tengok muka merah kawan2 saya bila saya buat macam 2.
  5. saya suka tgk laut yang semulajadi indahnya
  6. saya suka holiday kesana kemari
  7. Bila saya dah suka 1 barang,saya akan pakai sampai saya jumpa 1 barang lain yang boleh menambat insang hati saya.(setia kn?uweekkk!)
  8. saya suka panggil adik perempuan saya 'gemok' dan tengok dia menagis
  9. saya suka shopping
  10. saya suka berkawan tapi saya tak ramah.
  11. saya suka duduk dalam bilik dan buat hal saya
  12. saya suka pergi dating!
  13. saya suka curi-curi makan kat dapur.LoL!
  14. saya suka captured gambar mengarut.
  15. saya suka belajar dari orang
  16. saya suka santai
  17. saya suka tengok wayang (esp dengan dia!)
  18. saya suka orang yang jujur apa adanya
  19. saya suka bila saya kurus walaupun cuma 2 hari
  20. saya suka beg kamera saya.
  21. saya suka gelang amethyst saya.(pakai dari sem 1 lg.lama kan?)
  22. saya suka lappy betina saya..dia kiut
  23. saya suka orang usap kepala saya
  24. saya suka mengarut dengan kawan-kawan karutan saya
  25. saya suka bila artwork saya dipuji..ops!
  26. saya suka makan sayur
  27. saya suka tengok rambut saya
  28. saya suka picit jerawat dia.(ok,korang bole buat muka jijik)
  29. saya suka sederhana dan simple
  30. saya suka tshirt,jeans dan cardigan...simple n nice
  31. saya suka bila parents saya ajak saya keluar
  32. saya suka shopping dengan ibu saya sebab dia support semua....
  33. saya suka ikut naluri hati saya
  34. saya suka buat benda yang saya rasa nak buat...walaupun orang lain marah.(yg penting aku x susahkan korang)
  35. saya suka fringe saya
  36. saya suka  bila orang yang saya sayang ada bila saya mahu pergi.
  37. saya suka menyanyi...bila-bila masa dan dimana jua.ade yang sakit telinga?ada aku kesah?
  38. saya suka berangan
  39. saya suka berfikir positif dan optimis
  40. saya suka dorong diri saya 
  41. saya suka diam dari bercakap
  42. saya suka drive kereta ayah saya...sebuah mpv dan saya suka.
  43. saya suka kereta besar.antara kereta idaman saya ialah alphard,estima,starex,harrier.(besar2 kan?dan mahal!)
  44. saya suka tido lambat 
  45. saya suka makan durian
  46. saya suka heavy diet dan ibu saya sangat prejudis dengan itu.
  47. saya suka saya dilahirkan sebagai anak cikgu dengan ibu bapa yang bertanggungjawap.
  48. saya suka saya ada adik beradik yang gila!
  49. saya suka saya lebih gila dari mereka
  50. saya suka kawan-kawan saya pun ada yang gila macam saya
  51. saya suka gelakkan salesgirl or salesman yang serve saya dengan bahasa cina.(sorry,but im malay)
  52. saya suka baca novel cinta dan cerita korea...
  53. saya suka anda!
Dalam kehidupan,memang banyak benda yang kita suka dan gemar lakukan. Sedar atau tidak,perkara-perkara tersebut adakalanya merupakan tabiat buruk dan tidak disenangi oleh orang lain.Jadi,jangan pentingkan diri hanya kerana kita suka melakukannya. Tetapi adakalanya ada benda yang kita suka tetapi kita takut untuk melakukannya kerana terlalu memikirkan akibat yang belum pasti. Jika ia tidak menyusahkan orang lain dan dapat menggembirakan kita,apa salahnya?Ingat!hidup harus dinikmati....jadi bersyukur lah.
Jom kita bersyukur?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan